BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 15 Mei 2011

Biarlah Kesudahan Aku dan Dia di Syurga yg Kekal Abadi =)

Ya Allah...kuatknlah hati ini...Hmbamu yg lemah ini betul2 mngharapkn Mu Ya Allah....

Aku brmonolog sndrian...Asyik aku mlayari FB, aku trjumpa satu artikel yg mnarik mata ini utk mmbca serta trbuka hati ini utk share brsama2 tman2 skalian...Artikel nie brkaitn dgn CINTA kita kpd manusia yg kdg2 mmbuat kita lalai dri mngingati yg Esa..tdk trlepas jgak aku yg sering trlalai dan leka...Moga jdoh aku dan dia dprtemukan Ya Allah secara halal...Ameen Ya Rabb...

Artikel from iluvislam...

Ramai manusia diserang masalah berkaitan hati, cinta yang diraih seringkali gagal.
Kadang-kadang kita juga sering salahkan takdir, sedangkan kita sebenarnya gagal menempatkan hati pada langkah pertama lagi.

Mengalami masalah hati dan jiwa setiap hari, tapi tidak jumpa solusi yang pasti, selalu membuat kesimpulan gunakan hati (nafsu), bukan berdasarkan al-Quran dan al-Hadith. Semua insan di dunia inginkan kesenangan dan kebahagiaan.

Justeru, kekadang bila kita melalui hari dengan mudah pada satu-satu hari, rasa bersyukur teramat sangat. Manakan tidak, setiap hari sebelum memulakan hari baru, kita (niat) sentiasa berdoa demi kebaikan sepanjang hari pada hari tersebut, bermula pada langkah pertama.

Kekadang kita terlalu takut jika Allah Taala tidak menyayangi kita, bila mana kita tidak ditimpakan ujian walau sebutir zarah pada hari-hari yang kita hadapi. Ujian ini, bukan untuk menakutkan diri, tapi mencari hikmah yang tersembunyi.

Berterima kasihlah kepada Allah Taala kerana masih ditarbiah hati ini. Cinta melulu hanyalah cinta buat orang yang lemah imannya. Itulah yang berlaku dalam kehidupan kita selama ini. Terlalu sayang, sayang hingga bisu untuk menegur kesalahan. Sudah ketara, tapi buat-buat lupa, sudah tahu dan nyata, tetapi pura-pura buat buta.

Hinggakan diri sendiri pun terikut-ikut dan sama-sama jadi buta, gelap gelita. Ya, bila ujian Allah Taala datang mendidik diri, baru sedar, baru terngadah. Tapi syukur Allah Taala datangkan jua rasa redha di hati ini.

Mujurlah jua Allah Taala tunjukkan jalan mengajar hati redha, terima hakikat. Allah Taala berfirman;

Bermaksud: "Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)" asy-Syam (91:9-10)

Pasti kalian pernah merasai saat genting ini. Ada yang selepas berumahtangga, pengamalan agama dianggap enteng.

Jika dahulu impian ingin membina bait-muslim itu cukup tinggi tetapi apabila ada kelemahan, kekurangan dan kesilapan yang dilakukan, pasangan hanya mengambil langkah berdiam diri hanya kerana cinta, inilah cinta buta tidak nampak akan kesalahan, matlamat pula menghalalkan cara.

Bila cinta Tuhan diketepikan dan kasih sayang makhluk mendasari hati, nafsu menjadi raja dalam diri, kalam Tuhan tidak lagi diikuti. Sesungguhnya manusia apabila mencintai makhlukNya dan mendahului mereka dari Allah, maka tunggulah janjiNya.

Kadang-kadang untuk menyeru kepada kebaikan agak sukar kerana sesetengah orang akan lebih nampak kepada keburukan. Namun begitu, kita boleh terus berusaha dan istiqamah dalam membuat kebaikan.

Kebaikan tidak semestinya melalui lisan, tetapi boleh juga melalui perbuatan. Kadang-kadang apa yang kita buat lebih memberi kesan berbanding dengan apa yang kita cakapkan. Dunia ini adalah madrasah cinta kita cari.

Allah Taala sedang mengajar dan mendidik kita. Suatu ketika dulu saya juga pernah mengalami perkara yang sama.

KepadaMu jualah Ya Allah segala Kebaikan...

Hamba itu lemah dan sentiasa bersalah. Pohonlah kemaafan dan bersedia memaafkan.

MOga dgn sdikit halwa mata kita pd kali ini dpt mmberi ksdran jua kpd dri sya bhwa utk mncpai cinta yg halal mmrlukan pngorbanan dan ksbran dlm mlwan nafsu yg seringkali mlalaikn kita...Wallahu'alam...